Sekilas Ilmu Hadits
Hadis jika dilihat dari segi thuruq (jalur riwayatnya) terbahagi kepada mutawatir dan ahad. Hadis mutawatir ialah hadis yang memenuhi empat syarat berikut ini. Pertama, ia diriwayatkan oleh sekumpulan orang yang ramai jumlahnya. Kedua, menurut kebiasaan, mereka mustahil bersepakat dalam kebohongan. Ketiga, mereka meriwayatkannya melalui orang yang sama kedudukannya mulai dari permulaan hingga ke bahagian akhir. Keempat, hendaklah musnad terakhir dari para periwayat berstatus hasan (baik). Hadis ahad ialah hadis yang di dalamnya terdapat kecacatan pada salah satu syarat mutawatir. Hadis ahad dapat memberikan faedah yang bersifat zhanni dan adakalanya dapat memberikan pengetahuan yang bersifat nazhari (teori) apabila disertai dengan bukti yang menunjukkan kepadanya. Hadis ahad pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu sahih, hasan dan dha‟if. Hadis sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang yang adil, memiliki dhabt (hafalan) yang sempurna, sanadnya muttasil (bersambung dengan sanad...